Wednesday, November 6, 2013

In the past 24 hours

Assalamualaikum. 
In the past 24 hours, I've gone through lots of things. Haih rupanya aku masih mentah dalam menghadapi hidup ini *sambil bersihkan habuk

Semalam pegi KLCC dengan sahabat lama Zaty and Yan. Disebabkan aku tak bawak camera semalam and depa pun tak wassep gambar lagi, tak dapat la menunjuk kawan kawan vogue I harhar k motif apa ini. 

Ni nak cerita, lepas seronok and in awe with 'Fabulous Loki' (Sya Iz boleh take note), aku usha usha directory sebab nak cari restoran mana paling fancy sebab ade budak tu elaun banyak sangat. Sedang aku khusyuk membaca meneliti dan menganalisis, tetibah ada suara menegur,
''Excuse me, where is KFC?''
''Ohh jap. Eh, wait wait I'll look it for you''
''This thing is hard to read''
''Hmmmmm.... *fokus mencari* Haaaa , there it is. You go down this escalator to the C level then take the left. It's near Big Apple''
''Thank you. Are you studying?''

Aiseymen nak ajak borak lak ke. Aku nak balik awal ni ambik Khaulah. Pastu aku jawab la ape yang patut seringkas mungkin sebab aku nak cepat. Tetiba mamat ke-Araban dari Sydney katenye itu cakap, ''She's so shy. It's okay talking to a guy, it's not the end of the world''. Ye pakcik saya Gadis Melayu. Pastu beliau start borak dengan Zaty lak. Oh man. Tetiba,

''I'm looking for a Malaysian wife''
''Well good luck with that'', jawabku. Kejadahnye.
''Where do you guys wanna go after this? What about lunch? I'll pay''
Double kejadah.
''Eh it's okay we want to walk around first'' jawab Zaty yang sudah seresah aku.
''What about tonight?'' Okayyyyyyyyy like whats happening.
''Can I at least get your number?'' 

Maigad. Aku pun buat muka paling innocent and cakap we're in rush nice to meet you assalamualaikum semua and chowwwwwww. Yan memang bijak ar menjauhkan diri awal awal and tak layan mamat tu. Tapi yang aku tau he's 28, ade business engineering and want to further study in Malaysia. Siap ajak kitorang pergi Sidney dengan beliau all expense paid like wowz. Daring liddat.

Dah makan semayang selca camwhore salam peluk cium bagai aku pun lari lari lah pergi LRT nak balik. Sesampai KTM UKM sendiri terduduk dalam kete membace surat kompaun MPKJ sebanyak RM500 uols. Everyday I shock. Ingatkan malas nak bagitau parents tapi depa lebih mengetahui and tau macamane nak handle. Sume parents grup wassep sume tekezut dah apahal mahal nak mam ntah samannye. AES pun RM300 over tak beragak pulak dah saman parking ni. Ayah aku pun bukak wassep beliau mintak pendapat kengkawan. Antara brilliant replies,
''Takpe Malek, halal je la tu untuk Pakatan Rakyat''
''Tu tertambah satu 0 kat belakang tuuu. RM50 je rasenye''
''Tu duit nak bantu orang susah orang miskin''
''Ape la sangat RM500 cewahh''
Brilliant reply dari Jojo, ''takpe syemak, nanti aku lwt kau kat Penjara Kajang''. Nice.

Pagi tadi pun aku pergi la kaunter MPKJ kat Hentian Kajang lepas hantar Bilal yang menipu aku kate kaki sakit, tetiba van dah pergi cakap tak sakit. Aku tumbuk gak kalau tak comel. Then orang kaunter tu oyak kene gi Menara MPKJ kat Bandar Kajang la pulaks. K fine takpe takpe. Aku pun pergi laaa satu bangunan ni, die cakap saman kat Tingkat 4. Naik punya naik sampai kat kaunter, 
''Assalamualaikum. Saya nak tanya pasal saman. Kat sini ke?''
''Waalaikumussalam. Saman ape dik?''
''Saman MPKJ''
Tetiba akak tu senyum lebar.''Dik MPKJ kat depan bangunan ni. Ni Mahkamah Kajang''.
Muke Kang Gary. Patut ar ad signboard dilarang pakai selipar. Btw selipar pepel sedang disarung dengan selamba.

Setelah berjaya sampai ke tempat yang benar, bayaran adalah RM50. Aku siap borak dengan pakcik kat kaunter tu pasal kesalahan trafik bagai.
''Macam pendek je''
''Hah?'' APAHAL PAKCIK NI.
''Macam panik je'' Oh sound trable.
''Ehhh mestila first time niii''
''Lain kali hati hati. Parking jauh pun takpe asalkan tak hadang jalan''
Roger and out. 

10 comments:

  1. kak nape tak update blog dah. hahaha sumpah lawak. sy follow akk sekarang jugak

    ReplyDelete
  2. Kena bayar 500 jugak ke??

    ReplyDelete
  3. Semua orang mmg kena 50 ke mcm mana?

    ReplyDelete
  4. saya pon kene saman, mmg dekat kertas tu dia tulis 500 ke?pastu boleh bayar 50?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cube pegi majlis perbandaran terdekat, try mintak kurang. in sya allah boleh

      Delete
    2. Dia kurang kn jd 50 tu brapa hari dari tarikh disaman ya?

      Delete

perkembangan terkini

wish me luck for second sem in my first year. no scratch that. pray for me. and my friends.

sayang korang, serius.

sayang korang, serius.